Ketika Maulid Arrasul yang lepas saya ada menulis satu artikal berkenaan
dengan Rasulullah s.a.w dan asas dalam keberkesanan dakwah. Moh lah baca
sikit dapatan yang saya dah buat. Menang tau artikal ni. Tempat ke tiga
ja. Tapi boleh la daripada tak ada kan. Hahah (Artikal ini telah diolah oleh penulis atas faktor tertentu.)
Tahukah anda, asas kepimpinan yang dimiiki oleh Rasulullah saw bukan hanya didukung oleh cendiakawan islam sahaja, namun turut di akui oleh falsafah barat. Ilmuan barat yang mengagumi dan meyakini ketokohan Rasulullah saw diantaranya John William Draper, iaitu salah seorang ahli sejarawan dan falsaah Amerika berkata,
4 tahun selepas kematian Justinian (A.D.569), di Mekah lahirlah seorang lelaki berbangsa arab yang menjadi lelaki terhebat dalam semua sejarah baigaimana dia mempegaruhi umat manusia. Dan orang itu adalah Muhammad.
[A history of the Interlectual Development of Europe, London, 1875, vol.1, pp.329-330]
Edward Gibbon (1737-1794) yang merupakan seorang sejarawan British yang terkemuka juga pernah mengugkapkan bahawa
Kejayaan terbesar Muhammad ialah keberjayaan baginda mengubah dan menyentuh kehidupan orang lain hanya menerusi contoh yang baik dan bukanlah melalui mata pedang.
[History of the Saracen Empire, London, 1870]
Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah menjadi fenomena dan perdebatan bukan sahaja dikalanagan falsafah Islam, namun juga bukan Islam. Kebanyakkan mereka bersetuju dengan ciri kepimpinan Rasulullah saw walaupun sebahagian kecil daripada mereka masih lagi menutupi hakikat sebenar tentang agama ini. Maka, tidak hairanlah jika ada ahli falsafah yang menyatakan bahawa tiada pemimpin lain yang lebih teruk diputar-belitkan sejarahnya oleh barat selain daripada Rasulullah saw. (Mohammad at Mecca, Oxford, 19953,p.52)
Begitulah firman Allah di dalam surah Al-Anbiya ayat 107
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧ )الأنبياء:107(
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. [Al Anbiya":107]
Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw merupakan agama fitrah yang meliputi dari segenap insur. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw telah menjernihkan kepercayaan kaum yang paling tidak bertamadun pada ketika itu. Perjuangan baginda bukan suka-suka. Jika difikirkan, kehidupan Rasulullah sendiri penuh dengan kemewahan dan kuasa. Datuknya seorang ketua kabilah. Keluarganya merupakan keluarga bagsawan. Isterinya merupakan wanita terkaya di Mekah. Lalu apa kekuatan yang membawa Rasulullah saw keluar dari kemewahan menuju kehidupan yang jauh lebih sukar? Baginda dipulau, dihina, dicaci serta
diancam bunuh oleh kaumnya sendiri. Bahkan insan yang paling
bahagia ketika kelahiran Rasulullah s.a.w. iaitu Abu Jahal juga antara
orang yang sangat kuat menentang baginda. Bayangkan betapa
peritnya duri yang perlu Rasulullah lalui pada saat itu. Sedangkan Rasulullah saw juga manusia. Sama seperti kita. Kerana itulah dirinya diangkat dengan penuh kemuliaan oleh Allah Azza Wajalla.
Sebelum
diberi wahyu, Rasulullah saw terkenal dengan leluhur yang sangat
indah. Penghargaan daripada pembesar Quraish yang mepercayai Rasulullah untuk menghakimi mereka untuk meletakkan hajar
aswad pada tempatnya selepas banjir besar di Kaabah telah membuktikan betapa tingginya keperibadian syabab muda seperi Rasulullah saw. Bahkan baginda juga
terkenal dengan gelaran Al-Amin dikalangan penduduk Mekah kerana
keperibadannya yang jujur dan boleh dipercayai. Jelas disini memperlihatkan keterampilan Rasulullah saw yang diasah sejak kecil lagi.