Tuesday, 3 August 2021

Pen atau Pensil

 


" Huh. Jijik aku. Wahida mendengus."

"Apa benda yang awak bebelkan ni Wahida. Datang ja nak marah-marah. Cepat tua tau." Akmar yang sedang menyusun timbunan buku di rak menegur sambil berseloroh. 

"Kau tengok tu." Wahida menunding jari kepada beberapa orang wanita yang tidak bertudung. 

" Hah. Dah tu kenapa dengan mereka?" 

"Eh, Tanya pulak. Ni kan kawasan masjid. Kot ya pun pakai lah tudung tu dulu. Dah tu bawak geng pulak. Akmar, kalau ahzab Allah turun, bukan mereka ja yang kena tau. Kita pun sama. Tadi mereka panggil. Aku jalan je terus. Tak kuasa aku nak layan."

"Astaghfirullah. Wahida. Apa benda yang awak merepek ni. Meh sini dekat." Wahida mendekat.

Dia mencebik tanda tidak puas. 

"Nampak tak buku ni."

" Haah. Nampak. Kenapa?"

" Nah pensil. Cuba kau tulis nama awak di situ."

"Aiek. Kenapa pulak saya kena tulis nama saya di situ?" Wahida terpinga-pinga.

"Awak tulis sahaja lah."

" Okey." Perlahan-lahan, nama Wahida sudah termaktub di buku masjid tersebut.

"Ok. Kau ambil pen ni. Kau tulis nama kau kat sebelah pulak." Akmar memberikan arahan. 

"Eh. Mana boleh conteng suka hati dengan pen. Buku ni bukan aku punya."

"Tadi kan kau dah conteng dengan pensil. Sama sahaja kan?" Akmar bertanya.

" Mana sama. Pensil boleh padam. Pen tak boleh padam. Kalau aku tulis dengan pen nanti tok Imam marah." Akmar mengerdipkan mata sambil tersenyum.

" Begitu jugak kau dengan wanita-wanita tu. Aku, kau, dan mereka milik Allah. Kau menghakimi mereka sekalipun, dosa mereka dengan Allah, Allah boleh padam. Tapi bagaimana pulak dosa kau menyinggung perasaan mereka? Allah tak boleh padam. Hanya mereka sahaja yang boleh maafkan." Wahida terkebil-kebil.

Fikirannya ligat berputar.' Betul juga apa yang Akmar katakan.'

" Rasulullah saw ajar kita untuk benci perbuatan mereka. bukan orangnya. Mungkin satu hari nanti, melihat kepada penerimaan kita mereka akan berubah? Siapa tahu bukan?" Wahida kegelisahan. 

"Habistu bagaimana ni Akmar? Saya taknak Allah tak ampunkan dosa saya."

"Pergi lah minta maaf. Kemudian tanya urusan mereka di sini. Cepat."

"Oh. Baiklah."


 


Read More

Tuesday, 26 January 2021

Banyaknya Masalah!!! Baca ni.

Pernah tidak satu ketika kamu diuji oleh Allah swt dengan ujian yang bertimpa-timpa. Masaalah yang bagai tiada hujungnya. Lalu kamu merasa tekanan yang luar biasa kemudian menyalahkan sesiapa sahaja yang kamu lihat menghalangi jalanmu. 

Setiap dari kita melaluinya kerana dunia ini pentas ujian. Ikhtibar. Bagi yang beramal soleh dan syurga bagi yang lalai. Ain ada kisah untuk dikongsikan. 

Satu ketika, Saya mengalami perkara yang sama. Saya hilang arah sehingga tiada lagi jalan untuk saya tenangkan hati. Zikir tidak lagi dapat menenagkan hati, kerana kerisauan yang sangat besar sehingga langsung tidak dapat khusyuk. Lalu saya datang pada sahabat saya lalu mengadukan kepada dia tentang masalah saya.

" Saya ada masalah yang membuatkan saya bercelaru." 

Kawan saya menjawab,' Cuba cerita masalah kamu.'

Saya ceritakan satu persatu. Dari awal sehingga akhir tanpa menyebutkan sesiapa. Bahkan saya meletakkan kesalahannya bermula dari saya sendiri. Saya yang tersilap. Disebabkan kesilapan tersebut, saya terjerat dengan masalah yang membarah. Lalu sahabat saya berdiam diri. Selang beberapa lama, dia mula bersuara. 

Pada awalnya, dia minta maaf kerana masalah  yang saya hadapi ini tidak mampu untuk dia fikirkan penyelesaiannya. Kerana itu bukan ahlinya. Tapi sahabat saya berkata.

 Satu ketika, saya pernah datang kepada syeikh, guru yang mengajar saya. Lalu saya mengadu kepada syeikh. Ya syeikh. Aku punya masalah dan aku inginkan nasihat. Aku ada hutang yang tidak mampu aku bayar. Apa harus aku lakukan. 

Syeikh itu tertawa mendengar kata-kata sahabat saya. Beliau membalas.

Wah. Hutang dan masalah itu kan untuk diselesaikan. Bukan untuk difikir. Yang salahnya kamu yang memikirkan sesuatu yang tidak perlu. Pergi cari duit. Bayar balik hutang. tak perlu fikir dah.

Dia tergamam dengan jawapan syeikh. 'Eh. Betul Juga.' 

 Jadi nasihat sahabat saya, 

bilamana kita diuji oleh Allah dengan masalah yang bertimpa-timpa, caranya bukan dengan memikirkan masalah. Tapi selesaikan masalah yang kita hadapi. 

InsyaAllah. Hidup kita kita akan tenang. 

Massalah. Ujian. Itu anugerah yang perlu kita raikan. Kerana selepas ujian itu pasti. Allah Azza Wajallah akan bagi sebanyak-banyaknya kebaikkan dan ganti berlipat kali ganda. InnsyaAllah.

Firman Allah swt dalam Surah Ibrahim ayat 7 bermaksud:

 Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Jadi, kesimpulannya, selain daripada banyak istighfar, dan solawat, kita perlu selesaikan masaalah yang kita alami. Bukan Fikirkan! 

 InnsyaAllah. Rahmat Allah swt akan datang sesudahnya. :) Wallahutaala A'alm.

Read More

Search This Blog

Powered by Blogger.

Pages

Pages

Pen atau Pensil

  " Huh. Jijik aku. Wahida mendengus." "Apa benda yang awak bebelkan ni Wahida. Datang ja nak marah-marah. Cepat tua tau....