Tuesday, 3 August 2021

Pen atau Pensil

 


" Huh. Jijik aku. Wahida mendengus."

"Apa benda yang awak bebelkan ni Wahida. Datang ja nak marah-marah. Cepat tua tau." Akmar yang sedang menyusun timbunan buku di rak menegur sambil berseloroh. 

"Kau tengok tu." Wahida menunding jari kepada beberapa orang wanita yang tidak bertudung. 

" Hah. Dah tu kenapa dengan mereka?" 

"Eh, Tanya pulak. Ni kan kawasan masjid. Kot ya pun pakai lah tudung tu dulu. Dah tu bawak geng pulak. Akmar, kalau ahzab Allah turun, bukan mereka ja yang kena tau. Kita pun sama. Tadi mereka panggil. Aku jalan je terus. Tak kuasa aku nak layan."

"Astaghfirullah. Wahida. Apa benda yang awak merepek ni. Meh sini dekat." Wahida mendekat.

Dia mencebik tanda tidak puas. 

"Nampak tak buku ni."

" Haah. Nampak. Kenapa?"

" Nah pensil. Cuba kau tulis nama awak di situ."

"Aiek. Kenapa pulak saya kena tulis nama saya di situ?" Wahida terpinga-pinga.

"Awak tulis sahaja lah."

" Okey." Perlahan-lahan, nama Wahida sudah termaktub di buku masjid tersebut.

"Ok. Kau ambil pen ni. Kau tulis nama kau kat sebelah pulak." Akmar memberikan arahan. 

"Eh. Mana boleh conteng suka hati dengan pen. Buku ni bukan aku punya."

"Tadi kan kau dah conteng dengan pensil. Sama sahaja kan?" Akmar bertanya.

" Mana sama. Pensil boleh padam. Pen tak boleh padam. Kalau aku tulis dengan pen nanti tok Imam marah." Akmar mengerdipkan mata sambil tersenyum.

" Begitu jugak kau dengan wanita-wanita tu. Aku, kau, dan mereka milik Allah. Kau menghakimi mereka sekalipun, dosa mereka dengan Allah, Allah boleh padam. Tapi bagaimana pulak dosa kau menyinggung perasaan mereka? Allah tak boleh padam. Hanya mereka sahaja yang boleh maafkan." Wahida terkebil-kebil.

Fikirannya ligat berputar.' Betul juga apa yang Akmar katakan.'

" Rasulullah saw ajar kita untuk benci perbuatan mereka. bukan orangnya. Mungkin satu hari nanti, melihat kepada penerimaan kita mereka akan berubah? Siapa tahu bukan?" Wahida kegelisahan. 

"Habistu bagaimana ni Akmar? Saya taknak Allah tak ampunkan dosa saya."

"Pergi lah minta maaf. Kemudian tanya urusan mereka di sini. Cepat."

"Oh. Baiklah."


 


Read More

Tuesday, 26 January 2021

Banyaknya Masalah!!! Baca ni.

Pernah tidak satu ketika kamu diuji oleh Allah swt dengan ujian yang bertimpa-timpa. Masaalah yang bagai tiada hujungnya. Lalu kamu merasa tekanan yang luar biasa kemudian menyalahkan sesiapa sahaja yang kamu lihat menghalangi jalanmu. 

Setiap dari kita melaluinya kerana dunia ini pentas ujian. Ikhtibar. Bagi yang beramal soleh dan syurga bagi yang lalai. Ain ada kisah untuk dikongsikan. 

Satu ketika, Saya mengalami perkara yang sama. Saya hilang arah sehingga tiada lagi jalan untuk saya tenangkan hati. Zikir tidak lagi dapat menenagkan hati, kerana kerisauan yang sangat besar sehingga langsung tidak dapat khusyuk. Lalu saya datang pada sahabat saya lalu mengadukan kepada dia tentang masalah saya.

" Saya ada masalah yang membuatkan saya bercelaru." 

Kawan saya menjawab,' Cuba cerita masalah kamu.'

Saya ceritakan satu persatu. Dari awal sehingga akhir tanpa menyebutkan sesiapa. Bahkan saya meletakkan kesalahannya bermula dari saya sendiri. Saya yang tersilap. Disebabkan kesilapan tersebut, saya terjerat dengan masalah yang membarah. Lalu sahabat saya berdiam diri. Selang beberapa lama, dia mula bersuara. 

Pada awalnya, dia minta maaf kerana masalah  yang saya hadapi ini tidak mampu untuk dia fikirkan penyelesaiannya. Kerana itu bukan ahlinya. Tapi sahabat saya berkata.

 Satu ketika, saya pernah datang kepada syeikh, guru yang mengajar saya. Lalu saya mengadu kepada syeikh. Ya syeikh. Aku punya masalah dan aku inginkan nasihat. Aku ada hutang yang tidak mampu aku bayar. Apa harus aku lakukan. 

Syeikh itu tertawa mendengar kata-kata sahabat saya. Beliau membalas.

Wah. Hutang dan masalah itu kan untuk diselesaikan. Bukan untuk difikir. Yang salahnya kamu yang memikirkan sesuatu yang tidak perlu. Pergi cari duit. Bayar balik hutang. tak perlu fikir dah.

Dia tergamam dengan jawapan syeikh. 'Eh. Betul Juga.' 

 Jadi nasihat sahabat saya, 

bilamana kita diuji oleh Allah dengan masalah yang bertimpa-timpa, caranya bukan dengan memikirkan masalah. Tapi selesaikan masalah yang kita hadapi. 

InsyaAllah. Hidup kita kita akan tenang. 

Massalah. Ujian. Itu anugerah yang perlu kita raikan. Kerana selepas ujian itu pasti. Allah Azza Wajallah akan bagi sebanyak-banyaknya kebaikkan dan ganti berlipat kali ganda. InnsyaAllah.

Firman Allah swt dalam Surah Ibrahim ayat 7 bermaksud:

 Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Jadi, kesimpulannya, selain daripada banyak istighfar, dan solawat, kita perlu selesaikan masaalah yang kita alami. Bukan Fikirkan! 

 InnsyaAllah. Rahmat Allah swt akan datang sesudahnya. :) Wallahutaala A'alm.

Read More

Saturday, 21 November 2020

Bakawali

Gambar Hiasan 

 Padaku sebuah imaginasi lama

Meratap sekelumit dilema
Yang pernah menghantui
Setiap Rangkap bait dan madah
Dari seorang yang ku cinta

Dia yang bertakhta di balik tirai malam
Mengusung keranda 
Menuju Kuburan
Akankah Bakawali terpunduk
Lalu dipangkas keris yang berluk
Ataukah bakawali bertahan 
Di kegelapan Malam
Lihatlah
Akulah Bakawali Itu
Read More

Lihatlah Hamba




Saat siang dimamah senja
Saat mentari tidak lagi ditempatnya
Saat bintang terlihat sirna
Saat hati tidak lagi disana
Saat kalimah tidak lagi dirasa
Saat munajat tidak terasa manisnya
Saat ku raih cintaNya
Saat itu jasadku hidup semula
Saat dunia didepan mata
Saat akhirat bertapak di qalbunya
Saat mata terpejam
Saat roh terbang menemui Rabbnya
Saat itu pulanglah hamba pada kecintaannya
Alangkah
Perjalanan kita sebatas dunia
Tiada taranya berbanding syurga
Namun kita lebih melihat dunia
Daripada nikmat seutuhnya
Allah
Hamba ini pendosa
Dosa hamba seluas samudera
Namun pengampunanMu tiada batasnya
Lihatlah hamba
Sekalipun dosa itu menutupinya
Lihatlah hamba
Sekalipun sebatas bayangan mata
Kerana tujuan hidupku
Hanya untuk meraih pandangan yang Esa

Allah
Lihatlah hamba

Nuri_Biru
Read More

Monday, 9 November 2020

Wanita Paling Diuji



Hidup tanpa ujian ibarat mayat hidup. Tiada roh. Tiada keindahan. Bebunga ujian itu yang menjadikan kita betah. Menjadi hamba Allah yang sabar. Menjadi hamba Allah yang cekal. Ada kalanya hidup menjanjikan sakit yang tiada ubatnya. Tapi sebenarnya, ubat yang diharapkan itu tidak pernah wujud sama sekali. Melainkan kita sendiri yang menciptanya. 

Ubat yang dimaksudkan adalah sabar dan ikhlas. Mengungkap sabar sangat mudah. Kerana setiap manusia punya sabar masing-masing.

Ini saya ingin bawakan satu kisah manusia sabar. Tersebutlah kisah di satu ketika, ada seorang syeikh yang hidupnya sedih kerana ditimpa musibah. Dalam keadaan sedih itu, dia telah terpandang seorang wanita yang amat mekar serinya. Jelas dimatanya tiada satupun kesulitan yang dialami. Senyumnya mekar tanda hatinya yang bahagia dan tenteram. Syeikh itu merasa cemburu dengan wanita itu lalu dia berkata. Alangkah gembiranya hidupmu wahai Wanita. Tiada satupun kesan sulit terpamer diwajahmu. Wanita itu dalam keadaan kurang senang dengan kata- kata Syeikh itu menjawab. 

"Wahai tuan yang budiman. Sesungguhnya akulah wanita yang paling walang di atas muka bumi ini." Wanita itu tersenyum kelat. Syeikh itu bertanya kesulitan apakah yang mengganggu wanita itu. Maka wanita itu bercerita.

" Aku punya sebuah keluarga yang sangat gembira. Pada suatu hari, anakku telah memburu di padang pasir. Lalu dia hilang entah kemana. Suamiku yang kerisauan keluar mencari anakku. Namun, suamiku telah dimakan serigala ketika sedang dalam pencarian. Maka, aku yang menunggu suamiku pulang telah keluar meninggalkan anakku yang paling bongsu bersama dengan saudaranya di rumah. Malang sekali, anakku juga telah mati selepas ditimpa air panas semasa pemergiannku. Dalam masa hanya sehari, aku telah menjadi sebatang kara. Seluruh ahli keluargaku telah mati pada waktu yang sama." Wanita itu bercerita dengan tenang tentang kisah hidupnya. 

Syeikh itu mersa sangat simpati dan kagum. Ujian yang teramat besar telah menimpa wanita malang itu. Namun, dia masih dapat menguntumkan senyuman sekalipun hatinya galau. 

Saya tidak ingat versi asal cerita ini. Namun sebagai pengajaran, setiap kita punya ujian yang berbeza. Sedih, galau itu pasti ada. Namun ingatlah, tiada satu makhluk pun yang Allah swt uji tanpa kemampuannya. Semoga menjadi ikhtibar buat kita. 
Read More

Tuesday, 13 October 2020

Hikayat Pemimpin Agung: Rasulullah SAW

 

Ketika Maulid Arrasul yang lepas saya ada menulis satu artikal berkenaan dengan Rasulullah s.a.w dan asas dalam keberkesanan dakwah. Moh lah baca sikit dapatan yang saya dah buat. Menang tau artikal ni. Tempat ke tiga ja. Tapi boleh la daripada tak ada kan. Hahah (Artikal ini telah diolah oleh penulis atas faktor tertentu.)

             Tahukah anda, asas kepimpinan yang dimiiki oleh Rasulullah saw bukan hanya didukung oleh cendiakawan islam sahaja, namun turut di akui oleh falsafah barat. Ilmuan barat yang mengagumi dan meyakini ketokohan Rasulullah saw diantaranya John William Draper, iaitu salah seorang ahli sejarawan dan falsaah Amerika berkata,

4 tahun selepas kematian Justinian (A.D.569), di Mekah lahirlah seorang lelaki berbangsa arab yang menjadi lelaki terhebat dalam semua sejarah baigaimana dia mempegaruhi umat manusia. Dan orang itu adalah Muhammad.

[A history of the Interlectual Development of Europe, London, 1875, vol.1, pp.329-330]
Edward Gibbon (1737-1794) yang merupakan seorang sejarawan British yang terkemuka juga pernah mengugkapkan bahawa

Kejayaan terbesar Muhammad ialah keberjayaan  baginda mengubah dan  menyentuh kehidupan orang lain hanya menerusi contoh yang baik dan bukanlah melalui mata pedang.

[History of the Saracen Empire, London, 1870]  
Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah menjadi fenomena dan perdebatan bukan sahaja dikalanagan falsafah Islam, namun juga bukan Islam. Kebanyakkan mereka bersetuju dengan ciri kepimpinan Rasulullah saw walaupun sebahagian kecil daripada mereka masih lagi menutupi hakikat sebenar tentang agama ini. Maka, tidak hairanlah jika ada ahli falsafah yang menyatakan bahawa tiada pemimpin lain yang lebih teruk  diputar-belitkan sejarahnya oleh barat selain daripada Rasulullah saw. (Mohammad at Mecca, Oxford, 19953,p.52)
Begitulah firman Allah di dalam surah Al-Anbiya ayat 107
 
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ  ١٠٧ )الأنبياء:107(
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. [Al Anbiya":107]
 
           Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw merupakan agama fitrah yang meliputi dari segenap insur. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw telah menjernihkan kepercayaan kaum yang paling tidak bertamadun pada ketika itu. Perjuangan baginda bukan suka-suka. Jika difikirkan, kehidupan Rasulullah sendiri penuh dengan kemewahan dan kuasa. Datuknya seorang ketua kabilah. Keluarganya merupakan keluarga bagsawan. Isterinya merupakan wanita terkaya di Mekah. Lalu apa kekuatan yang membawa Rasulullah saw keluar dari kemewahan menuju kehidupan yang jauh lebih sukar? Baginda dipulau, dihina, dicaci serta diancam bunuh oleh kaumnya sendiri. Bahkan insan yang paling bahagia ketika kelahiran Rasulullah s.a.w. iaitu Abu Jahal juga antara orang yang sangat kuat menentang baginda. Bayangkan betapa peritnya duri yang perlu Rasulullah lalui pada saat itu. Sedangkan Rasulullah saw juga manusia. Sama seperti kita. Kerana itulah dirinya diangkat dengan penuh kemuliaan oleh Allah Azza Wajalla.
Sebelum diberi wahyu, Rasulullah saw terkenal dengan leluhur yang sangat indah. Penghargaan daripada pembesar Quraish yang mepercayai Rasulullah untuk menghakimi mereka untuk meletakkan hajar aswad pada tempatnya selepas banjir besar di Kaabah telah membuktikan betapa tingginya keperibadian syabab muda seperi Rasulullah saw. Bahkan baginda juga terkenal dengan gelaran Al-Amin dikalangan penduduk Mekah kerana keperibadannya yang jujur dan boleh dipercayai. Jelas disini memperlihatkan keterampilan Rasulullah saw yang diasah sejak kecil lagi.

 Bayi Barakah 

Ibu Rasulullah s.a.w diuji dengan kematian suami semenjak Rasulullah saw masih dalam kandungan. Setelah Rasulullah saw lahir, Ibunya pula meninggal dunia ketika Rasulullah saw sendiri berumur 6 tahun. Rasulullah s.a.w membesar tanpa kasih ibu dan bapa. Baginda dibesarkan oleh datuk baginda Abdul Mutalib. Namun tidak lama kemudian Abdul Mutallib pula meninggalkan dunia. Hak jagaan Rasulullah telah jatuh ke tangan adik kepada bapanya iaitu Abu Talib. Kasih sayang yang dicurahkan oleh Abu Talib kepada Rasulullah sangat besar. Maelebihi keperihatinannya kepada anaknya sendiri. Rasulullah s.a.w bekerja sebagai pengembala kambing. Pada usia Rasulullah 9 tahun (sebahagian pendapat mengatakan 12 tahun) Baginda telah dibawa ke Syam untuk berdagang. Rasulullah s.a.w juga pernah terlibat dengan perang Fijar dan bertugas sebagai pengmpul anak panah pada usia dua puluh tahun. Bahkan, baginda pernah menyaksikan termetrainya perjanjian ‘Al-Fudhul’ iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan pada mereka yang dizalimi di Makkah. 

Benih Pendakwah

Melihat kepada perkembangan suka duka Rasulullah s.a.w pada zaman remajanya, dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w terdidik secara semulajadi untuk menjadi seorang pendakwah. Kehilangan kedua Ibu bapa sejak daripada kecil menjadikan jiwa Rasulullah s.a.w kental dan sensitif akan isu-isu yang melibatkan anak yatim dan golongan Miskin. Sifat ini merupakan asas kepada dakwah. Baginda juga terdidik agar menjadi seorang yang lebih memahami. Hal ini kerana, Rasulullah telah melalui sendiri perit getir hidup tanpa ayah dan ibu. Disebabkan itulah dakwah yang dibawa Rasulullah amat berkesan dan mudah diikuti.

Lingkungan Politik

Pendedahkan Rasulullah terhadap dunia politik juga menjadikan Rasulullah lebih peka dengan kemaslahatan ummah. Jika kita perhatikan, Rasulullah s.a.w terlahir dari kalangan keluarga pembesar Makkah. Maka dengan itu, mudah bagi Rasulullah melihat sendiri bagaimana perjanjian Fudhul dimerterai, serta bagimana politik Mekah berlangsung.Tidak hairanlah Rasulullah sangat arif dengan isu politik. Melalui politik, hasilnya Rasulullah s.a.w dapat mengembangkan Islam diluar Tanah Arab dengan begitu luas dan sempurna. 

Didikan Awal yang Sempurna

Selain kekeringan susu ibu, kehidupan orang arab Jahiliah yang amat buruk juga telah memaksa ibu-ibu yang melahirkan melepaskan anak mereka dijaga oleh orang Arab pedalaman. Dalam masyarakat orang arab jahiliah, menyusukan bayi yang tidak punya bapa merupakan sesuatu yang amat dielakkan oleh mereka. Ini kerana, mereka risau ibu bayi itu tidak mampu untuk membayar sejumlah upah kepada mereka. Secara kebetulan, keluarga Halimatus Saadiah ini terlalu miskin dan hannya dapat sampai ke Mekkah setelah habis semua bayi hartawa diasuh oleh mereka yang terdahulu darinya. Hanya yang tinggal bayi Muhammad s.a.w sahaja. Takkala melihat bayi itu, hati Halimatus Sa’adia terus mencintainya. Diambilnya bayi tersebut sebagai anak susuan. Rasulullah s.a.w telah dijaga dengan penuh kesempurnaan oleh keluarga dari Bani Saad. Bahasa yang diajarkan adalah bahasa Arab yang paling baik. Akhlak yang diajarkan adalah akhlak yang paling baik. Tambahan pula, Rasulullah s.a.w memiliki hati yang sangat lembut dan terang. Maka,tidak sukar bagi Rasulullah s.a.w untuk mengikuti didikan keluarga Halimatus Sadiah. Namun, selepas kejadian pembelahan dada Rasulullah, Baginda telah dikembalikan semula kepada Ibunya.
Satu lagi asas kepada kemenjadian dakwah Rasulullah adalah bersumberkan kepada akhlak yang terpuji. Maka boleh saya katakana di sini, Didikan akhlak yang baik adalah bermula daripada awal lagi. Kerana dengan Akhlaklah Rasulullah menyentuh hati-hati manusia untuk menerima dakwahnya dan dengan akhlak jugalah menjadi kekuatan Rasulullah s.a.w  dalam menempuh ranjau batas yang mencabar.
Rujukkan:
History Of The Masangger
Read More

Monday, 12 October 2020

Lihatlah!

 


Saat siang dimamah senja
Saat mentari tidak lagi ditempatnya
Saat bintang terlihat sirna
Saat hati tidak lagi disana
Saat kalimah tidak lagi dirasa
Saat munajat tidak terasa manisnya
Saat ku raih cintaNya
Saat itu jasadku hidup semula
Saat dunia didepan mata
Saat akhirat bertapak di qalbunya
Saat mata terpejam
Saat roh terbang menemui Rabbnya
Saat itu pulanglah hamba pada kecintaannya
Alangkah
Perjalanan kita sebatas dunia
Tiada taranya berbanding syurga
Namun kita lebih melihat dunia
Daripada nikmat seutuhnya
Allah
Hamba ini pendosa
Dosa hamba seluas samudera
Namun pengampunanMu tiada batasnya
Lihatlah hamba
Sekalipun dosa itu menutupinya
Lihatlah hamba
Sekalipun sebatas bayangan mata
Kerana tujuan hidupku
Hanya untuk meraih pandangan yang Esa
Allah 
Lihatlah hamba
-Nuri Biru-

Read More

Search This Blog

Powered by Blogger.

Pages

Pages

Pen atau Pensil

  " Huh. Jijik aku. Wahida mendengus." "Apa benda yang awak bebelkan ni Wahida. Datang ja nak marah-marah. Cepat tua tau....