Ketika Maulid Arrasul yang lepas saya ada menulis satu artikal berkenaan
dengan Rasulullah s.a.w dan asas dalam keberkesanan dakwah. Moh lah baca
sikit dapatan yang saya dah buat. Menang tau artikal ni. Tempat ke tiga
ja. Tapi boleh la daripada tak ada kan. Hahah (Artikal ini telah diolah oleh penulis atas faktor tertentu.)
Tahukah anda, asas kepimpinan yang dimiiki oleh Rasulullah saw bukan hanya didukung oleh cendiakawan islam sahaja, namun turut di akui oleh falsafah barat. Ilmuan barat yang mengagumi dan meyakini ketokohan Rasulullah saw diantaranya John William Draper, iaitu salah seorang ahli sejarawan dan falsaah Amerika berkata,
4 tahun selepas kematian Justinian (A.D.569), di Mekah lahirlah seorang lelaki berbangsa arab yang menjadi lelaki terhebat dalam semua sejarah baigaimana dia mempegaruhi umat manusia. Dan orang itu adalah Muhammad.
[A history of the Interlectual Development of Europe, London, 1875, vol.1, pp.329-330]
Edward Gibbon (1737-1794) yang merupakan seorang sejarawan British yang terkemuka juga pernah mengugkapkan bahawa
Kejayaan terbesar Muhammad ialah keberjayaan baginda mengubah dan menyentuh kehidupan orang lain hanya menerusi contoh yang baik dan bukanlah melalui mata pedang.
[History of the Saracen Empire, London, 1870]
Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah menjadi fenomena dan perdebatan bukan sahaja dikalanagan falsafah Islam, namun juga bukan Islam. Kebanyakkan mereka bersetuju dengan ciri kepimpinan Rasulullah saw walaupun sebahagian kecil daripada mereka masih lagi menutupi hakikat sebenar tentang agama ini. Maka, tidak hairanlah jika ada ahli falsafah yang menyatakan bahawa tiada pemimpin lain yang lebih teruk diputar-belitkan sejarahnya oleh barat selain daripada Rasulullah saw. (Mohammad at Mecca, Oxford, 19953,p.52)
Begitulah firman Allah di dalam surah Al-Anbiya ayat 107
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧ )الأنبياء:107(
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. [Al Anbiya":107]
Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw merupakan agama fitrah yang meliputi dari segenap insur. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw telah menjernihkan kepercayaan kaum yang paling tidak bertamadun pada ketika itu. Perjuangan baginda bukan suka-suka. Jika difikirkan, kehidupan Rasulullah sendiri penuh dengan kemewahan dan kuasa. Datuknya seorang ketua kabilah. Keluarganya merupakan keluarga bagsawan. Isterinya merupakan wanita terkaya di Mekah. Lalu apa kekuatan yang membawa Rasulullah saw keluar dari kemewahan menuju kehidupan yang jauh lebih sukar? Baginda dipulau, dihina, dicaci serta
diancam bunuh oleh kaumnya sendiri. Bahkan insan yang paling
bahagia ketika kelahiran Rasulullah s.a.w. iaitu Abu Jahal juga antara
orang yang sangat kuat menentang baginda. Bayangkan betapa
peritnya duri yang perlu Rasulullah lalui pada saat itu. Sedangkan Rasulullah saw juga manusia. Sama seperti kita. Kerana itulah dirinya diangkat dengan penuh kemuliaan oleh Allah Azza Wajalla.
Sebelum
diberi wahyu, Rasulullah saw terkenal dengan leluhur yang sangat
indah. Penghargaan daripada pembesar Quraish yang mepercayai Rasulullah untuk menghakimi mereka untuk meletakkan hajar
aswad pada tempatnya selepas banjir besar di Kaabah telah membuktikan betapa tingginya keperibadian syabab muda seperi Rasulullah saw. Bahkan baginda juga
terkenal dengan gelaran Al-Amin dikalangan penduduk Mekah kerana
keperibadannya yang jujur dan boleh dipercayai. Jelas disini memperlihatkan keterampilan Rasulullah saw yang diasah sejak kecil lagi.
Bayi Barakah
Ibu Rasulullah s.a.w diuji dengan kematian suami semenjak Rasulullah saw masih dalam kandungan. Setelah Rasulullah saw lahir, Ibunya pula meninggal dunia ketika Rasulullah saw sendiri berumur 6 tahun. Rasulullah s.a.w membesar tanpa kasih ibu dan bapa. Baginda dibesarkan oleh datuk baginda Abdul Mutalib. Namun tidak lama kemudian Abdul Mutallib pula meninggalkan dunia. Hak jagaan Rasulullah telah jatuh ke tangan adik kepada bapanya iaitu Abu Talib. Kasih sayang yang dicurahkan oleh Abu Talib kepada Rasulullah sangat besar. Maelebihi keperihatinannya kepada anaknya sendiri. Rasulullah s.a.w bekerja sebagai pengembala kambing. Pada usia Rasulullah 9 tahun (sebahagian pendapat mengatakan 12 tahun) Baginda telah dibawa ke Syam untuk berdagang. Rasulullah s.a.w juga pernah terlibat dengan perang Fijar dan bertugas sebagai pengmpul anak panah pada usia dua puluh tahun. Bahkan, baginda pernah menyaksikan termetrainya perjanjian ‘Al-Fudhul’ iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan pada mereka yang dizalimi di Makkah.Benih Pendakwah
Melihat
kepada perkembangan suka duka Rasulullah s.a.w pada zaman remajanya,
dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w terdidik secara semulajadi
untuk menjadi seorang pendakwah. Kehilangan kedua Ibu bapa sejak
daripada kecil menjadikan jiwa Rasulullah s.a.w kental dan sensitif akan
isu-isu yang melibatkan anak yatim dan golongan Miskin. Sifat ini
merupakan asas kepada dakwah. Baginda juga terdidik agar menjadi seorang
yang lebih memahami. Hal ini kerana, Rasulullah telah melalui sendiri
perit getir hidup tanpa ayah dan ibu. Disebabkan itulah dakwah yang
dibawa Rasulullah amat berkesan dan mudah diikuti.
Lingkungan Politik
Pendedahkan
Rasulullah terhadap dunia politik juga menjadikan Rasulullah lebih peka
dengan kemaslahatan ummah. Jika kita perhatikan, Rasulullah s.a.w
terlahir dari kalangan keluarga pembesar Makkah. Maka dengan itu, mudah
bagi Rasulullah melihat sendiri bagaimana perjanjian Fudhul dimerterai,
serta bagimana politik Mekah berlangsung.Tidak hairanlah Rasulullah
sangat arif dengan isu politik. Melalui politik, hasilnya Rasulullah
s.a.w dapat mengembangkan Islam diluar Tanah Arab dengan begitu luas dan
sempurna.
Didikan Awal yang Sempurna
Selain kekeringan susu ibu, kehidupan orang arab Jahiliah yang amat buruk juga telah memaksa ibu-ibu yang melahirkan melepaskan anak mereka dijaga oleh orang Arab pedalaman. Dalam masyarakat orang arab jahiliah, menyusukan bayi yang tidak punya bapa merupakan sesuatu yang amat dielakkan oleh mereka. Ini kerana, mereka risau ibu bayi itu tidak mampu untuk membayar sejumlah upah kepada mereka. Secara kebetulan, keluarga Halimatus Saadiah ini terlalu miskin dan hannya dapat sampai ke Mekkah setelah habis semua bayi hartawa diasuh oleh mereka yang terdahulu darinya. Hanya yang tinggal bayi Muhammad s.a.w sahaja. Takkala melihat bayi itu, hati Halimatus Sa’adia terus mencintainya. Diambilnya bayi tersebut sebagai anak susuan. Rasulullah s.a.w telah dijaga dengan penuh kesempurnaan oleh keluarga dari Bani Saad. Bahasa yang diajarkan adalah bahasa Arab yang paling baik. Akhlak yang diajarkan adalah akhlak yang paling baik. Tambahan pula, Rasulullah s.a.w memiliki hati yang sangat lembut dan terang. Maka,tidak sukar bagi Rasulullah s.a.w untuk mengikuti didikan keluarga Halimatus Sadiah. Namun, selepas kejadian pembelahan dada Rasulullah, Baginda telah dikembalikan semula kepada Ibunya.
Satu
lagi asas kepada kemenjadian dakwah Rasulullah adalah bersumberkan
kepada akhlak yang terpuji. Maka boleh saya katakana di sini, Didikan
akhlak yang baik adalah bermula daripada awal lagi. Kerana dengan
Akhlaklah Rasulullah menyentuh hati-hati manusia untuk menerima
dakwahnya dan dengan akhlak jugalah menjadi kekuatan Rasulullah s.a.w dalam menempuh ranjau batas yang mencabar.
Rujukkan:
History Of The Masangger

0 comments:
Post a Comment